Hellooo...

Hellooo...

Thursday, 7 May 2015

PERMAINAN ONLINE



Permainan berkomputer kian popular kini seiring dengan perkembangan dalam teknologi komunikasi dan teknologi maklumat. Ini disokong dengan platform jaringan internet yang semakin berkembang dan maju. Selain itu, permainan komputer merupakan salah satu daripada barangan elektronik yang laris pada masa kini. Ini kerana pengguna boleh berinteraksi untuk pelbagai tujuan seperti membuat pemutusan, pembelajaran, latihan dan sebagainya. Perkembangan ini adalah sesuatu yang normal bagi sesebuah negara maju atau menuju ke arah pembangunan. Walau bagaimanapun, beberapa perkembangan tidak sihat berkaitan emosi, psikologi dan fizikal turut dirasai di negara-negara maju seperti meniru lagak ganas dan isu pornografi. Memandangkan wawasan 2020 negara Malaysia dalam mempertingkatkan pengetahuan dan prasarana teknologi maklumat yang memungkinkan suatu hari nanti sebuah rumah akan mempunyai sebuah komputer, tidak mustahil gejala negatif ini turut dirasai oleh rakyat Malaysia (Zakirah Othman dan Fadhilah Mat Yamin, 2007).

8 comments:

  1. In my point of view, the technology development give us lot of benefit and its depend on how we use it or perceived it. I like to play online games and it was very interesting. By playing games, we can release our stress and sometimes we can escape from loneliness. At the same time, we must not to addicted with online games because it can bring us to problems such as avoid the reality world, mental problems and so on. Therefore we must use the technology in the correct way and use it wisely.

    ReplyDelete
  2. Permainan atas talian mempunyai keburukan dan juga mempunyai kebaikan .Kuburukannya adalah remaja sanggup menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk bermain komputer. Keasyikan dan keseronokan ketika berada di pusat tersebut menyebabkan mereka lalai dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Kelalain mereka bermain komputer menyebabkan pelajaran mereka akan terganggu. Prestasi pelajaran juga akan terjejas. Mereka akan lebih banyak terdedah kepada anasir-anasir negatif yang boleh merosakkan minda mereka. Terdapat sesetengah remaja yang cuba untuk melakukan aksi-aksi bahaya sebagaimana yang mereka lihat didalam komputer. Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh video komputer terhadap minda remaja.
    Selain Itu, permainan video komputer merupakan suatu permainan yang membazir. Para pelajar yang terlibat dalam aktiviti permainan ini perlu menyediakan wang secukupnya bagi setiap jam permainan. Semakin lama mereka bermain semakin banyak wang yang di perlukan. Biasanya mereka akan menggunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa untuk tujuan yang tidak berfaedah ini. Sepatutnya para pelajar menggunakan wang tersebut untuk tujuan yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku rujukan dan sebagainya. Keadaan ini juga akan mendorong pelajar terdedah dengan gejala buli di sekolah dengan memeras ugut pelajar untuk mendapatkan duit.
    Kebaikan permainan atas talian adalah dapat menenangkan jiwa sewaktu kita menghadapi banyak masalah dan tekanan. Selain itu, panas baran juga beransur kurang. Hal ini demikian kerana, kita lebih memberi fokus kepada permainan ketika dalam game yang kita mainkan mahupun secara online.



    ReplyDelete
  3. In my opinion, said that online games have it pro and cons. Yes agreed with Magesh and Jenny said. I personally played the online game in order to release stress after long and hard day for me. Online games are likes new dimension that we can have our own imagination. We can have our own desire “world”. Besides that, online games also help us to generate our brain cell to keep focus and alert in some tasks. But we should control the amount of hour that we use to play the online games. Apart from it, online games will develops more negative issue as bully among children, as that they get involved and copy the action. In a nutshell, online games have the pro and cons, we as the users should have the responsibility towards our life and moderate the using of online games in daily life.

    ReplyDelete
  4. Permainan atas talian mempunyai impak yang tersendiri sama ada dari aspek positif mahupun negatif. Dari aspek positif, permainan online memupuk kemahiran serta meningkatkan kualiti fokus pemain dengan keadaan sekeliling. contohnya permainan perang atau tembak-tembak seperti "counter striker" memerlukan para pemain untuk lebih fokus dan kemahiran akan meningkat sekiranya permainan tersebut dimainkan secara berulang kali. Selain itu, permainan online juga dapat meningkatkan kemahiran bahasa inggeris. Kebanyakkan permainan online menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan pemain lain dalam online. Hal ini disebabkan pemainan online melibatkan pemain serata dunia. Justeru itu, pemainan ini mendorong kepada meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan bercakap dalam bahasa inggeris. Dari aspek negatif pula, pemainan online menyebabkan pemain menjadi malas. Bila berada dihadapan komputer, pemain akan menjadi malas untuk bergerak dan leka sehingga mereka akan berasa rugi sekiranya meninggalkan permainan tersebut. Sikap malas tersebut menyebabkan pemain sanggup mengabaikan kesihatan, makan dan minum, beriadah dan sebagainya. Kesan seterusnya ialah mengurangkan kemahiran insaniah. Dunia siber yang semakin moden ini menyebabkan kemahiran sosial remaja-remaja semakin mundur. Hal ini demikian kerana remaja yang ketagih terhadap permainan komputer selalu mengasingkan diri mereka dengan orang lain, hanya berhadapan satu dengan satu dengan komputernya di dalam bilik. Mereka tidak bercakap atau berkomunikasi dengan sesiapa selagi sesuatu permainan komputer itu tidak dapat ditamatkan. Malah, apa yang boleh dilihat, bersendirian tanpa sesiapa kecuali komputer kesayangan dan permainan yang tidak berkesudahan boleh meruntuhkan kemahiran sosial mereka yang sedia ada.

    ReplyDelete
  5. Permainan atas talian merupakan satu medan permainan utama terutamanya kepada kanak-kanak. Namun ianya tidak mustahil sekiranya terdapat golongan dewasa turut memain permainan atas talian ini. Kesan keatas penggunaan permainan atasn talian ini bergantung kepada individu yang menggunakannya. Hal ini demikian kerana pengguna yang obses dengan permainan tersebut akan permainan sehingga mereka mencapai tahap kepuasan.Tetapi sebaliknya keatas mereka yang hanya menggunakan aplikasi tersebut hanya sebagai hiburan sementara. Kebikan mahupun keburukan permainan atas talian ini bergantung kepada penggunaan aplikasi tersebut.

    ReplyDelete
  6. There are pros and cons of playing online games and it depends on the person itself to take it either way. The negative point of online games are that most of the time people get so addicted that they have no worries about anything else other than the game itself. Nowadays, even kids are getting addicted towards this kind of games. This causes them to not to get know about the outside world and the way to interact with others as they are very caught up with the online games that they don't want to get involved with anyone but just want to live with the game only. There are sometimes when those that are addicted can't get to play the game they would burst into anger and might injure themselves or others. Where else, those that are still studying might lose their focus on studies and also might flop in their exams due to too much time spent on games instead of doing revision and studying.
    The good point of the online games is that when someone is tensed with work or other stuff this games would help them relax and release their tension.
    Again everything depends solely on the person itself on how to take it in a positive way so that they wouldn't be affected by the online game in real life.

    ReplyDelete
  7. In my opinion, we can't stop the advancing technology development and we shouldn't stop it as well as it brings a lot of convenience to our daily life.However, we as a human should have the rational in making decision and we should be able to learn thing in right and wrong.We should work hard to prevent the bad influences from the developed technology start from ourselves.For example, strongly refuse to download movies or songs from the internet as it is wrongful by the law.It can be said as a cyber-crime. Furthermore, parents should have stay alert with their children surfing behavior and always provide parental control on the site they are oftentimes go into. Government as the law maker should also banned those websites that are believed to bring in negative impacts on the lifestyle of the people.Strengthen the law will be helpful but educate the people are more effective in result.

    ReplyDelete
  8. Pada pandangan saya, permainan online mempunyai kebaikan dan juga keburukan. Ia sama sekali bergantung pada individu itu sendiri dalam membahagikan masanya. Kadang-kadang sesetengah pihak menyatakan permainan online melalaikan sesetengah individu. Hal ini disebabkan individu itu sendiri tidak dapat membahagikan masa dengan baik. Jika kita sebagai individu yang bijak dalam mengagihkan masa dalam kehidupan, maka kehidupan yang lalai dengan teknologi tidak akan berlaku.

    ReplyDelete