Hellooo...
Sunday, 3 May 2015
Pandangan yang berbeza-beza...
Setiap entries yang di post di blog ini berkaitan sesuatu pastinya mendapat maklum balas yang berbeza-beza daripada para pengguna. Terdapat komen daripada pengguna yang berbeza-beza agama dan kepercayaan mengenai isu seorang cina yang menghina azan subuh yang disamakan seperti suara orang mengorder mee wantan. Apabila sudah diberi mee wantan dan memakannya, nak kuih pau besar pula!. Tajuknya ialah “Rupanya Umat Islam suka mee wantan dan pau besar”. Isu ini mendapat maklum balas yang berbentuk makian,cacian dan ada juga mendoakan orang cina tersebut diberi petunjuk oleh Allah. Pemilik blog PPIM turut memberikan komen yang berunsur baik seperti mendoakan orang cina tersebut diberikan petunjuk agar tidak mengeluarkan perkataan yang boleh menyakitkan hati kaum lain. Hal ini untuk meredakan sikap amarah pembaca blog yang lain. Terdapat isu berkaitan kacang soya yang mengalihkan kita daripada makanan sunnah Rasullah SAW seperti kurma, kismis, madu dan sebagainya. Kacang soya mengandungi bahan kimia yang tinggi apabila diambil secara kerap oleh wanita. Komen daripada salah seorang pengguna mengatakan bahawa bisnes penjualan tempe dan tauhu akan tidak laku apabila post tersebut disebarkan. Pihak PPIM tidak memberikan maklum balas lanjut mengenai komen terbabit, kerana ingin tidak mengembar-gemburkan isu terbabit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Pada pandangan saya, pendekatan yang boleh diambil oleh pemilik blog apabila pengguna memberikan komen-komen yang tidak setuju dan berbeza pendapat ialah dengan menasihati mereka bahawa setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza mengenai isu yang diketengahkan, tetapi sebagai seorang yang Muslim dan rakyat Malaysia terkenal di merata dunia sebagai orang yang mempunyai nilai sopan santun ynag tinggi, maka kita haruslah menjaga bahasa dan penulisan kita, kerana blog adalah bersifat universel, maka orang dari negara lain akan turut membacanya.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHye kawan-kawan semua.. berdasarkan entries di atas, pada pandangan saya, pendekatan yang perlu di ambil adalah sentiasa waspada atau berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan. Apa yang kita tahu, blog merupakan salah satu laman yang meluas dan sesiapa sahaja bebas melanggani. Oleh itu, apa-apa pandangan dan pendapat seharusnya menjaga perasaan orang lain, khususnya soal sensitiviti kaum. Apabila masing-masing bebas memberikan pandangan tanpa memikirkan perasaan orang sekelilingnya, hal ini akan menyebabkan dan memberikan kesan sehingga berlakunya pergaduhan, dendam dan sebagainya.
ReplyDeleteIn my point of view, the blogger must respect each other and concern about the ethics when post something in their blog. The bloggers must be careful when post something especially the sensitive issue which can lead to problems. As everyone know social media is a medium to spread information and express the idea, so the bloggers must use it in the correct way.
ReplyDeletePada pandangan saya, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan oleh pemilik blog apabila terdapat komen-komen negatif atau berbeza pendapat dari pengguna. Antaranya ialah, pemilik blog boleh membalas komen tersebut dalam aspek positif seperti memberikan kata-kata nasihat dengan nada yang lembut dan sopan. Selain itu, pemilik blog juga juga tidak perlu ego untuk menegakkan benang yang basah. Jika terbukti penyataan kita salah, kita sebagai pemilik blog harus membuat pemohonan maaf secara terbuka. Pemilik blog harus berfikir secara positif dengan menganggap bahawa komen negatif tersebut adalah sebagai teguran atau peringatan kepada pemilik blog atas kesalahan post yang dikeluarkan. Semasa mengeluarkan sebarang penyataan atau pandangan di blog, pemilik blog haruslah menitik beratkan perasaan pengguna yang lain dan dilarang untuk menyentuh isu sensetif seperti isu perkauman , agama dan sebagainya.
ReplyDeletePada pendapat saya, pendekatan yang perlu dia ambil oleh pemilik blog adalah sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat dan pandangan kerana yang membaca apa yang kita tulis adalah mempunyai pelbagai pandangan. Selain itu, pemilik blog haruslah berfikir positif dengan mengambil segala komen yang negatif sebagai pengajaran dikemudian hari. Bukan itu sahaja, pemilik blog juga hendaklah berfikiran terbuka bahawa komen yang negatif yang dilontarkan sebagai panduan untuk meningkatkan kualiti penulisan ke arah yang lebih bermutu dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
ReplyDeletePada pandangan saya, pemilik blog perlulah membuat' filtration' komen-komen yang dipost supaya perkara yang tidak baik tidak dipostkan untuk memastikan ia tidak menyinggung perasaan orang lain.Contohnya, seperti entry yang diatas adalah sesuatu yang tidak bagus untuk dipost kerana ia bukan sahaja menyakitkan hati seseorang sahaja tetapi sesuatu kaum. Perkara sebegini adalah tidak patut kerana kita hidup di negara yang berbagai kaum.Pemilik blog seharusnya memeriksa komen-komen yang dipost supaya komen yang tidak positif dapat dielakkan. Selain itu, mungkin pemilik blog boleh juga menasihati orang yang memberi komen tidak patut supaya tidak membuat perkara sebegitu hal ini kerana ia akan menyakitkan hati ramai. Boleh juga kalau pemilik blog tidak mengendahkan komen-komen tersebut ataupun "delete"kan sahaja postnya itu jika ianya mengundang lebih banyak komen negatif daripada komen positif.
ReplyDeleteDengan wujudnya media sosial seperti Facebook membolehkan sesiapa sahaja untuk memberi pendapat mereka terhadap sesuatu isu yang dimuatnaikkan ke laman media. Dari sudut positif, komen yang diberikan menunjukkan sikap keprihatinan masyarakat terhadap isu yang ditimbulkan dan dalam masa yang sama terdapat sesetengah pihak telah menyalahgunakan kelebihan sedemikian dengan mengeluarkan pandangan mereka dengan cara yang tidak sepatutnya.Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, seharusnya masyarkat berfikiran terbuka dengan tidak menyentuh perkara yang sensitf terutamanya dari segi agama, budaya dan sebagainya. Oleh itu, sebagai masyarakat yang berfikiran terbuka, kita seharusnya berhati-hati dalam mengeluarkan segala pendapat kita terutamanya agar tidak tersinggung perasaan orang lain.
ReplyDelete