Seiring dengan pembangunan, gajet merupakan salah satu elemen yang sangat popular pada masa kini dan gajet juga merupakan salah satu cara yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi di antara satu sama lain seperti WhatApps, Wechat, Facebook, Instagram dan sebagainya. Perkembangan yang pesat ini juga telah memberi impak yang negatif mahupun positif kepada semua lapisan masyarakat terutamannya dari aspek berkomunikasi. Sesetengah pihak menganggap komunikasi melalui gajet adalah sesuatu cara yang tidak baik dalam menyampaikan mesej yang berkesan kerana boleh berlakunya salah tafsir mesej yang diberikan, tetapi sesetengah pihak menyatakan komunikasi melalui gajet adalah baik kerana ia berlaku dengan baik, cepat dan pantas dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.
Selain itu, perkembangan teknologi gajet juga menimbulkan beberapa kesan kepada penggunaannya. Kita dapat lihat dari segi landskap gaya hidup masyarakat seluruh dunia berkomunikasi. Sebagai contoh, pengalaman yang berlaku dalam diri saya sendiri ketika berada di tempat awam, masyarakat masing-masing sibukkan diri dengan gajet atau alat teknologi mereka tanpa melihat keadaan sekeliling. Pada ketika itu, saya melihat wanita yang berumur dalam lingkungan 50-an menegur dengan seorang pemuda lelaki yang berumur dalam 20-an. Wanita tersebut menanyakan kepada seorang lelaki tersebut satu soalan iaitu pandu arah ke tandas tetapi lelaki tersebut tidak melayan wanita dan terus leka dengan gajetnya. Beberapa persoalan yang bermain dalam pemikiran saya ketika itu, antaranya adakah lelaki tersebut tidak mendengar atai beliau sengaja bersikap kurang ajar. Perkara sebegini berbeza dengan zaman dahulu sebelum kewujudan gajet-gajet canggih, masing-masing bertegur sapa dan saling bantu-membantu antara sama lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kewujudan gajet yang semakin canggih memberi impak kepada masyarakat terutamanya dari segi tingkahlaku, adat dan sebagainya. Perkembangan ini juga mempeliahatkan belia terlalu taksub dengan gajet mereka dan tidak menjaga perasaan orang sekeliling mereka.
.


Saya mempunyai pengalaman tersendiri yang berkaitan dengan gadget ini. Pengalaman ini berlaku semasa saya berjalan-jalan keluar daripada Fakulti Sains Sosial selepas kelas saya habis di fakulti. Seperti biasa saya akan memegang telefon bimbit untuk melihat sama ada terdapat mesej atau berita-berita penting di laman sosial. Dengan khusyuknya saya melihat komen-komen yang dipostkan oleh rakan-rakan mengenai isu nasi lemak. Saya hanya menunduk bawah untuk melihat telefon bimbit sahaja tanpa memperdulikan orang yang lalu lalang, tanpa disedari saya telah melalui pintu kaca di hadapan fakulti, tiba-tiba saya rasakan kepala sakit dan kedengaran bunyi yang kuat. Rupa-rupanya saya telah melanggar pintu kaca tersebut kerana saya terlalu taksub melihat gadget saya tanpa melihat jalan di hadapan. Jadi konklusinya disini, saya akan lebih berhati-hati apabila melihat telefon bimbit saya sambil berjalan-jalan.
ReplyDeletepengalaman saya berkaitan dengan gadget ini ialah semasa bersama dengan keluarga. Saya bila cuti sem balik ke rumah keluarga saya kurang berkomunikasi dengan keluarga saya. Saya lebih suka untuk memilih berkomunikasi dengan kawan-kawan melalui whatsap, wechat, fb dan sebagainya berbanding untuk bercakap dengan keluarga. Telefon bimbit tidak pernah lepas dari tangan saya. Kemana sahaja saya pergi telefon bimbit saya sentiasa bersama saya. Dimana saya berada saya sentiasa sibukan diri dengan gadget sehinggakan saya kurang berinteraksi dengan keluarga dan orang sekeliling saya.
ReplyDeleteKesimpulanya, jangan terlalu taksub dengan gadget sehingga kita lupa dan tidak ada masa berinteraksi dengan orang sekeliling kita.
kemunculan gadget banyak membantu memudahkan kerja saya sebagai seorang pelajar. Impak positif atau negatif yang muncul dari penggunaan gadget tersebut adalah bergantung pada cara kita menggunakannya. Berdasarkan komen daripada Noorol Hidayah dan Jenny Bujang saya bersetuju bahawa ketaksubkan terhadap gadjet boleh menimbulkan kesan negatif tetapi pada masa yang sama kewujudan gadget juga boleh memberikan kesan positif pada kita. Berdasarkan pengalaman saya berkaitang gedget ialah berlaku sewaktu saya berada semester satu di UNIMAS. Saya datang ke UNIMAS seorang diri tanpa mengenali sesiapapun. Melalui kelebihan gadget yang saya miliki saya mula mencari kawan-kawan baru seperti perkenalan melalui whatapps, facebook dan wechat. saya mula mencipta kumpulan untuk pelbagai tugasan di unimas. Justeru itu, saya tegaskan bahawa cara kita mengendalikan gadget adalah faktor penting dalam menentukan kesan positif atau negatif.
ReplyDeleteThe existence of gadgets has its good and bad side being used by people nowadays. By using gadgets the bad point is that we start to focus more on the gadget instead of giving attention to the people around us. So, this might affect relationship between people and can cause misunderstanding.One of my experience is that, when i went out with my friends they were busy with their phones and no one was talking to each other, i felt so upset that there was no communication between any of us as we do communicate in Whatsapp. But the pro of for students is that they are able to "Students are increasingly utilizing these social networks for friends’ news feeds, personal updates, events and activities, notes, and messages"(Yeboah & Ewur, 2014). Yeboah, J., & Ewur, G. D. (2014). The Impact of Whatsapp Messenger Usage on Students Performance in Tertiary Institutions in Ghana. Journal of Education and Practice, 158. This gadgets if used for a good reason it becomes a positive point instead if its negatively then it will turn into negative point.
ReplyDeletethe existences of gadgets have positive and negative impact in term of communication. i have an experiences when i went to dinner with friends. All my friends only focus with their gadgets and no one talking with each other. Their all communicate in the WhatApps group message but the person was sit infront of her. This is very weird for me. This was a negative impacts of gadgets and the positive impact was we can communicate with family and friends which stay a far from us.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh saudari. Saya sendiri pernah mengalaminya yang mana ibu bapa saya memarahi saya berikutan saya terlalu sibuk menggunakan gadjet saya ketika sedang makan bersama keluarga saya. Ibu bapa saya menasihati saya bahawa ketika bersama keluarga merupakan masa yang sangat berharga yang tidak dapat dinilai dengan apa sekali pun. Dalam masa yang sama, komunikasi antara keluarga akan mengeratkan hubungan antara keluarga. Dari situ saya membuat kesimpulan bahawa sekiranya ingin menggunakan gedjet, kita perlu melihat situasa keadaan tersebut sama ada sesuai mahupun tidak..
ReplyDeleteI don't think this should be considered as a negative impact of the existence of gadgets. People usually thinks that the advance of gadget lead to death of conversation, no matter where we are, what we doing, and what is the time. But, do you ever think that death of conversation was caused by the misuse of the gadgets? As we put 1 black dot in a plain paper, everyone was focus on the black dot. Same goes to this situation, people were keep on enlarge the fault of the rise of new gadgets in leading to the situation of death of conversation, but no one thinks that this situation might caused by the misuse of the gadget by owner. We can control ourselves in playing our own handset during gathering with friends or family, but is ourselves choose to avoid having conversation with them. We can just checking our mail, messages after reached our rooms. So, are we control the gadgets? Or the gadgets control us?
ReplyDelete