Hellooo...

Hellooo...

Sunday, 3 May 2015

Blog Pengguna Islam Malaysia



Blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia merupakan suatu medium inisiatif daripada kerajaan Malaysia dalam menyampaikan maklumat kepada umat Islam mengenai perkara-perkara berkaitan halal haram yang menjadi keutamaan umat Islam. Selain daripada itu, blog ini turut menyampaikan info-info terkini berkaitan kesihatan, penipuan, jenayah dan sebagainya. Fokus utama blog ini adalah menyampaikan maklumat berkaitan isu yang berkaitan orang Islam tanpa lupa menyelitkan isu ynag berkaitan perkembangan Malaysia. Apabila nama blog itu sendiri  “Persatuan Pengguna Islam Malaysia”, akan menyebabkan “mindset” para pembaca akan memfokuskan golongan sasaran yang boleh membaca blog ini hanyalah pengguna Islam. Ternyata perkara tersebut hanya pemikiran yang cetak, para pengguna daripada agama yang berlainan boleh untuk turut serta membaca dan memberikan pendapat mengenai sesuatu isu di dalam blog tersebut. Pada pandangan anda adakah maklumat yang dikemukan oleh blog ini dapat memberikan maklumat yang telus dan tepat kepada pengguna.

            

7 comments:

  1. Pada pandangan saya, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia pada dasarnya memberikan maklumat yang tepat dan sangat berguna kepada pengguna Islam berkaitan hal halal haram yang orang Islam sangat titikberatkan. Contoh, maklumat yang berkaitan makanan, minuman, perkhidmatan, servis, dan cukai yang meragukan dan tidak sesuai untuk penggunaan umat Islam. Dengan memperolehi maklumat dari blog ini,penguna Islam tidak berasa tertindas dan lebih berwaspada tentang isu-isu yang meragukan. Saya rasa pihak berkaitan blog boleh menambahkan satu bahagian untuk para pembaca membaca mengenai Islam secara lebih mendalam dan hal ini dapat memberi gambaran mengapa sesetengah makanan seperti khinzir, cukai, perkhidmatan yang haram kepada umat Islam. Hal ini dapat memberi gambaran yang jelas dan tepat kepada orang bukan Islam dan umat Islam sendiri yang tidak begitu jelas mengenai agama Islam.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikom dan hye semua kawan-kawan, berdasarkan pandangan daripada noorol hidayah saya amat bersetuju, dengan maklumat tersebut masyarakat islam sedikit sebanyak boleh mendapatkan pengetahuan di samping dapat mengamalkan mengikut sunnah Rasulluallah S.A.W. Pada pandangan saya pula, cadangan untuk menjadikan blog ini lebih menarik adalah menambaik dari segi rekaan atau hiasan blog ini. Blog yang menarik dari segi warna-warni dan sentiasa dikemaskini secara tidak langsung dapat menarik perhatian masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan di atas, dengan maklumat tersebut masyarakat islam dapat memperolehi pengetahuan tentang segala perkara yang halal dan haram dalam islam.
    Pada pendapat saya, untuk menjadikan blog ini lebih menarik adalah penambahbaikan dari segi grafik. Rekabentuk grafik yang menarik menjadikan laman web lebih unik dan menarik di pandangan mata pengunjung. Pemilihan konsep warna yang sesuai juga amat penting.

    ReplyDelete
  4. Pada pandangan saya, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia banyak menyalurkan maklumat yang berguna kepada pengguna. Maklumat yang dipaparkan bukan sahaja difokuskan kepada penganut agama islam semata-mata tetapi juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat yang berbeza agama. Saya sebagai seorang yang beragama islam sendiri kadang-kadang terleka tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan serta perkara sunat yang boleh dilakukan sebagai umat islam. Justeru itu, kewujudan blog persatuan pengguna islam Malaysia sangat memberikan pendedahan berguna kepada saya dan saya percaya pengguna yang lain turut bersependapat dengan saya. Berdasarkan cadagan untuk memberikan tarikan yang lebih menarik pada blog tersebut ialah pemilik blog seharusnya kerap update maklumat blog tersebut. Saya cadangkan supaya pemilik blog jangan menggunakan isu atau tajuk yang sama dalam jangka masa yang lama dalam setiap post. Hal ini boleh menyebabkan pembaca cepat bosan dengan maklumat yang dibaca. selain itu, saya bersetuju dengan pendapat Nur Aida bahawa blog akan menjadi lebih menarik dengan menambahbaik dari segi rekaan dan hiasan blog yang pelbagai warna. Tidak dapat dinafikan bahawa manusia mudah tertarik dan memberikan perhatian kepada sesuatu yang berwarna-warni dan menarik.

    ReplyDelete
  5. i honestly did not know about the blog which blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia. after i hear the blog name, i also think that this blog for muslim's only. i think the information on that blog is very useful for muslim's. from that blog, the muslim's can get know better about the rituals

    ReplyDelete
    Replies
    1. I do agree with mageswary. Even i never knew that this blog did exist. After, looking at the name i first thought that it was only for Muslims but then when i read about it in detail, then i knew that it was not only for muslims but even non-muslims can view and get information as well. After knowing about this blog i went and viewed the blog and there was so many information that is meant for everyone. For example, 2618) UTUSAN - 06/05/15 - Kerajaan Perlu Tegas Isu Harga Kad Prabayar was also posted in that page and it is a good one. Everyone gets to read about it. Also, at the side there is a portion that shows the timing for prayers and so on. So, it will be easier for those muslims to keep in track their prayers timing and fulfill their deeds. Also, there are some details on muslims that will be helpful to them.
      What can be done to make the blog better is maybe the design and color should be changed so that it could attract more people to view it. As people nowadays, prefer visiting those sites that is much attractive rather then those blogs that are just simple and plain. Also, there should be columns so that it would be easier for viewer's to click on it instead of scrolling down.

      Delete
  6. Kewujudan blog mempunyai pelbagai tujuan yang inign disampaikan kepada pembaca mereka. Perbezaan kaum bukan menjadi satu halangan untuk mereka membaca segala informasi yang terpapar didalam blog tersebut. Berkongsi maklumat merupakan satu ilmu yang dapat diperkembangankan lagi kepada masyarakat dan ini secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan agama meskipun masyarakat berlainan agama mereka,

    ReplyDelete