Hellooo...

Hellooo...

Sunday, 3 May 2015

Saya suka..anda bagaimana?

Hye kawan-kawan sekalian, topik pada minggu ini adalah berkaitan dengan sesuatu hal yang berkaitan dengan peribadi kita sendiri berkenaan dengan blog yang kita suka dan blog yang kita benci. Saya akan berkongsi dengan rakan -rakan semua mengenai blog yang mampu menarik perhatian saya dan juga blog yang cuba memberi pandangan negatif dalam pemikiran saya. Pertama sekali saya akan menceritakan dan menjelaskan blog yang menjadi kesukaan saya iaitu blog yang menyediakan pakej murah ke Jepun. Tujuan blog ini adalah mempromosikan pakej percutian Japan Budget Trip seperti musim bunga dan salji. Pada pandangan saya, blog ini merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian audiens dan cuba melariskan perkhidmatan mereka. Dalam blog ini memfokuskan kepada golongan yang ingin melancong tetapi pada masa yang sama boleh menjimatkan budjet pelancongan tersebut. Selain itu, blog ini juga mencadangkan tempat-tempat yang menarik yang boleh dikunjungi. Segala penginapan dan pengangkutan turut disediakan dengan pakej yang murah. Disamping itu juga, untuk pelancong muslim mereka tidak perlu menjadikan alasan dalam kesukaran untuk mendapat tempat makanan yang halal dengan pakej ini, pelancong bebas untuk mendapatkan pelbagai jenis makanan yang dijamin halal. Oleh itu, kita sebagai pengunjung tidak perlu khuatir dengan kewangan yang tidak menjamin. Melalui blog ini, terdapat pelbagai pakej yang amat sesuai mengikut kehendak anda.

                                                        http://ayaharif.blogspot.com/.


Pakej murah ke Jepun

  Tempat kegilaan pelancong




Seterusnya, saya akan berkongsi dengan rakan-rakan semua berkenaan dengan blog yang kurang menjadi tumpuan saya dan blog ini amat tidak sesuai ditayangkan. Blog yang dimasukkan oleh saya ialah blog yang menjual ubat-ubat kuat dalam memberi tenaga dalamam khususnya untuk orang berkawin. Pada pandangan saya, blog sedemikian merupakan sesuatu yang tidak logik dan apabila kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun melayari blog sebegini akan memberi impak dari segi pemikiran mereka. Sebagai contoh, kadang-kadang penulis blog dengan sengaja memasukkan komen-komen daripada pengguna dengan menggunakan ayat secara keterlaluan. Bagi saya, blog adalah salah satu cara yang bebas dalam memberikan pandangan tetapi setiap kata-kata yang digunakan jangan keterlaluan sehingga satu pandangan negatif yang timbul khususnya kepada masyarakat yang tidak berkahwin dan kanak-kanak di bawah umur. Selain itu, isu sebegini juga merupakan isu peribadi, isu rumah tangga dan perkara sebegini tidak perlu diwawarkan di media sosial



Contoh page blogspot yang menggunakan animasi untuk mempengaruhi kanak-kanak


Contoh ubat kuat yang dijual



5 comments:

  1. honeykoyuki.blogspot.com/ (blog pilihan saya)
    http://mlmmalaysiatrends.blogspot.com/ (blog yang tidak disukai)

    Blog yang menjadi pilihan saya ialah daripada Fatin Liyana yang merupakan bloggers terkenal. Beliau selalu menceritakan kehidupan hariannya dan mendapat perhatian ramai pengikutnya. Selain daripada itu, beliau juga selalu menceritakan pengalamannya apabila melancong ke luar negara, menyelitkan resepi-resepi masakan yang mudah dan cepat. Beliau juga merupakan seorang doktor yang sangat cantik dan pandai berfesyen. Hal itu menyebabkan saya tertarik untuk tetap membaca setiap post beliau. Blog yang saya tidak suka ialah blog MLM Malaysia yang berobjektif untuk menarik orang ramai menyertai sistem MLM mereka. MLM ini merupakan satu sistem perniagaan yang mencari orang bawah untuk memberikan keuntungan kepada orang atasan. Saya berasakan blog ini “seakan-akan” mempergunakan orang ramai untuk mengautkan keuntungan..

    ReplyDelete
  2. The blog that most visited was the travel blog. there no specific travel blog was visited. I like to visit travel's blog because I like to travel, so I will search travel packages and the the prices of packages. I think it will help to know the travel details in more detail and to find the place which is beautiful and peace.

    ReplyDelete
  3. http://www.azlitamasammanis.com/ ( blog pilihan saya )
    http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/ ( blog yang kurang menjadi tumpuan )

    Blog yang menjadi pilihan saya ialah daripada Nor Azlita Binti Abdul Aziz yang lebih di kenali sebagai Intan dalam kalangan keluarganya. Beliau menulis blog bertemakan resepi harian keluarganya. Beliau berusaha menghimpunkan segala resepi pilihan keluarga, resepi yang sedap pada selera mereka sekeluarga, resepi dari koleksi rakan-rakan seperjuangan beliau dan juga resepi dari buku-buku masakan. Tujuan beliau menulis blog ini adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada semua golongan sebagai satu bahan rujukan dan yang utamanya sebagai rujukan anak beliau dan beliau sendiri. Dalam blog tersebut beliau telah berkongsi pelbagai resipi masakan yang sedap-sedap.
    Manakala blog yang kurang menjadi tumpuan saya ialah blog daripada Hani Fadhlina yang menceritakan kisah hidup dia. Pada pandangan saya, tidak perlulah kita kongsikan segala kisah hidup kita dengan orang lain terutamanya memuatkan di dalam blog. Hal ini demikian kerana, yang membaca blog kita adalah terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat. Mereka ada yang berkemungkinan jahat atau baik. Mereka yang jahat akan mencari kesempatan untuk menghancurkan hidup kita berdasarkan kisah hidup kita yang kita tulis. Cukuplah kita sahaja yang tahu kisah hidup kita.Tidak perlu dikongsi dengan orang ramai.

    ReplyDelete
  4. The blog that i usually visit is those about bikes. Since i have a very big interest in bikes i like to survey and view latest updates on bikes. Also, sometimes by visiting the blog's that i like helps me to relax my mind and release my tension.
    http://www.handbuiltmotorcycleshow.com/blog/
    http://blog.motorcycle.com/
    This are the blogs that i usually visit during my free time. There are also some blogs that are very offensive for those under 18 that posts those things that should not be viewed. Something that has to do with adults that shouldn't be viewed by kids. As usual there has to be some restriction in posting anything so that everyone is able to share.

    ReplyDelete
  5. Blog yang penulis sertakan tersebut juga merupakan blog yang saya sukai kerana dalam blog tersebut memaparkan pakej percutian yang murah dan menarik. Informasi yang terkandung dalam blog tersebut memudahkan saya untuk membuat serba sedikit kajian sebelum saya membuat keputusan untuk melancong ke sana. Bagi blog seterusnya seharusnya tidak wujud di laman media berikutan ianya boleh memberi kesan yang buruk terutamanya kepada golongan muda. Hal ini demikian kerana golongan muda mudah tertarik dengan sesuatu perkara yang baru diterokai oleh mereka. Blog sedemikan juga akan membolehkan golongan muda terjerumus ke jenayah sosial.

    ReplyDelete