Hellooo...

Hellooo...

Thursday, 7 May 2015

PERMAINAN ONLINE



Permainan berkomputer kian popular kini seiring dengan perkembangan dalam teknologi komunikasi dan teknologi maklumat. Ini disokong dengan platform jaringan internet yang semakin berkembang dan maju. Selain itu, permainan komputer merupakan salah satu daripada barangan elektronik yang laris pada masa kini. Ini kerana pengguna boleh berinteraksi untuk pelbagai tujuan seperti membuat pemutusan, pembelajaran, latihan dan sebagainya. Perkembangan ini adalah sesuatu yang normal bagi sesebuah negara maju atau menuju ke arah pembangunan. Walau bagaimanapun, beberapa perkembangan tidak sihat berkaitan emosi, psikologi dan fizikal turut dirasai di negara-negara maju seperti meniru lagak ganas dan isu pornografi. Memandangkan wawasan 2020 negara Malaysia dalam mempertingkatkan pengetahuan dan prasarana teknologi maklumat yang memungkinkan suatu hari nanti sebuah rumah akan mempunyai sebuah komputer, tidak mustahil gejala negatif ini turut dirasai oleh rakyat Malaysia (Zakirah Othman dan Fadhilah Mat Yamin, 2007).