New Technologies of Human Communication
Hellooo...
Saturday, 9 May 2015
Thursday, 7 May 2015
PERMAINAN ONLINE
Permainan
berkomputer kian popular kini seiring dengan perkembangan dalam teknologi komunikasi
dan teknologi maklumat. Ini disokong dengan platform jaringan internet yang
semakin berkembang dan maju. Selain itu, permainan komputer merupakan salah satu
daripada barangan elektronik yang laris pada masa kini. Ini kerana pengguna
boleh berinteraksi
untuk pelbagai tujuan seperti membuat pemutusan, pembelajaran, latihan dan sebagainya.
Perkembangan ini adalah sesuatu yang normal bagi sesebuah negara maju atau menuju
ke arah pembangunan. Walau bagaimanapun, beberapa perkembangan tidak sihat
berkaitan emosi, psikologi dan fizikal turut dirasai di negara-negara maju
seperti meniru
lagak ganas dan isu pornografi. Memandangkan wawasan 2020 negara Malaysia dalam
mempertingkatkan pengetahuan dan prasarana teknologi maklumat yang memungkinkan
suatu hari nanti sebuah rumah akan mempunyai sebuah komputer, tidak mustahil
gejala negatif ini turut dirasai oleh rakyat Malaysia (Zakirah
Othman dan Fadhilah Mat Yamin, 2007).
Subscribe to:
Comments (Atom)